Mencari penginapan yang luas, bersih, dan berdekatan dengan tempat-tempat ikonik di Kuala Terengganu? Cempaka Homestay adalah jawapan terbaik untuk percutian keluarga atau rombongan anda.

Kami menawarkan kemudahan lengkap yang menjamin keselesaan anda seperti berada di rumah sendiri.

๐Ÿณ Ruangan yang ada

Cempaka Homestay dilengkapi dengan:

  • Ruang Tamu: Luas dan sangat selesa untuk sesi bersembang atau berkumpul seisi keluarga.
  • Dapur: Peralatan memasak asas tersedia jika anda ingin menyediakan hidangan ringkas. Peti Sejuk juga ada.
  • Minuman: Segarkan diri dengan air bersih dari mesin penapis air Coway.
  • Dobi: Mesin basuh baju disediakan dan ampaian untuk memudahkan urusan pakaian anda. Seterika dan board juga disediakan.
  • Hiburan: Layan filem kegemaran di TV 32 inci dengan akses Netflix serta WiFi percuma berkelajuan tinggi!

๐Ÿ›Œ Tidur yang Selesa

Kesemua 4 bilik tidur kami dilengkapi dengan:

  • Katil Saiz Queen yang empuk.
  • Pendingin hawa (Aircond) & kipas siling.
  • Selimut dan tuala bersih disediakan untuk setiap tetamu. Sejadah pun turut disediakan untuk beribadah.

Untuk kemudahan mandi, kami menyediakan 2 bilik air lengkap dengan sabun mandi dan syampu. (Nota: Tiada pemanas air disediakan).


AWAS! Elakkan dari di “scam”. Urusan dengan Cempaka Homestay hanya melalui page ini sahaja.


๐Ÿš— Keselamatan Tetamu

Rumah ini berpagar sepenuhnya. Ruang parkir kenderaan memuatkan 2-3 kenderaan dan selamat di dalam kawasan pagar.

๐Ÿ“ Lokasi Strategik & Sangat Dekat!

Sebab utama tetamu memilih Cempaka Homestay adalah lokasinya yang sangat “win”:

  • 3 Minit: Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah) dan Lagun Kuala Ibai / muara sungai Ibai โ€“ lokasi pilihan pengunjung untuk berhenti solat dan bergambar kenangan!
  • 2 Minit: Kedai Keropok Ikan 007 โ€“ wajib borong buah tangan.
  • 2 Minit: Pasaraya Mydin & Kedai Runcit (hanya di sebelah rumah sahaja!).
  • 5 Minit: ke NACC Batik Pavilion Chendering – tempat pengeluaran batik dan kraftangan
  • 3 Minit: Ke D’suasane Watersport – tempat riadah seisi keluarga
  • 4 minit: Ke Sports Complex. Di sini ada dewan Bowling dan Kolam Renang sebagai pilihan riadah seisi keluarga.
  • 10 Minit: Pasar Payang, KTCC Mall & Mayang Mall untuk kaki shopping.
  • 10 Minit: Jambatan Angkat (Drawbridge)
  • 25 Minit: Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
  • 10 Minit: Pusat Sains & Kreativi Terengganu
  • 20 Minit: Muzeum Negeri Terengganu

Jom tempah sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi kami segera, tekan link di bawah:

bookcempakahomestay.wasap.my

bookcempakahomestay.wasap.my

bookcempakahomestay.wasap.my

atau boleh terus membuat bayaran untuk tarikh yang di pilih


Untuk rujukan carian port makan yang berdekatan:

150 meter – KST ikan bakar Kuala Ibai

250 meter – Restoran D’Suasana tepi lagun kuala ibai

300 meter – Sarapan pagi nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak

750 meter – Gerai sarapan pagi yang banyak menunya

1.3 kilometer – Medan Ikan bakar bawah jambatan Kuala Ibai

#CempakaHomestay #HomestayTerengganu #CutiCutiTerengganu #MasjidTerapung #PasarPayang #HomestayKeluarga


Galeri


Jom tempah sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi kami segera, tekan link di bawah:

bookcempakahomestay.wasap.my

bookcempakahomestay.wasap.my

bookcempakahomestay.wasap.my