
Mencari penginapan yang luas, bersih, dan berdekatan dengan tempat-tempat ikonik di Kuala Terengganu? Cempaka Homestay adalah jawapan terbaik untuk percutian keluarga atau rombongan anda.
Kami menawarkan kemudahan lengkap yang menjamin keselesaan anda seperti berada di rumah sendiri.
๐ณ Ruangan yang ada

Cempaka Homestay dilengkapi dengan:
- Ruang Tamu: Luas dan sangat selesa untuk sesi bersembang atau berkumpul seisi keluarga.
- Dapur: Peralatan memasak asas tersedia jika anda ingin menyediakan hidangan ringkas. Peti Sejuk juga ada.
- Minuman: Segarkan diri dengan air bersih dari mesin penapis air Coway.
- Dobi: Mesin basuh baju disediakan dan ampaian untuk memudahkan urusan pakaian anda. Seterika dan board juga disediakan.
- Hiburan: Layan filem kegemaran di TV 32 inci dengan akses Netflix serta WiFi percuma berkelajuan tinggi!
๐ Tidur yang Selesa
Kesemua 4 bilik tidur kami dilengkapi dengan:
- Katil Saiz Queen yang empuk.
- Pendingin hawa (Aircond) & kipas siling.
- Selimut dan tuala bersih disediakan untuk setiap tetamu. Sejadah pun turut disediakan untuk beribadah.

Untuk kemudahan mandi, kami menyediakan 2 bilik air lengkap dengan sabun mandi dan syampu. (Nota: Tiada pemanas air disediakan).

AWAS! Elakkan dari di “scam”. Urusan dengan Cempaka Homestay hanya melalui page ini sahaja.
๐ Keselamatan Tetamu
Rumah ini berpagar sepenuhnya. Ruang parkir kenderaan memuatkan 2-3 kenderaan dan selamat di dalam kawasan pagar.

๐ Lokasi Strategik & Sangat Dekat!

Sebab utama tetamu memilih Cempaka Homestay adalah lokasinya yang sangat “win”:
- 3 Minit: Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah) dan Lagun Kuala Ibai / muara sungai Ibai โ lokasi pilihan pengunjung untuk berhenti solat dan bergambar kenangan!
- 2 Minit: Kedai Keropok Ikan 007 โ wajib borong buah tangan.
- 2 Minit: Pasaraya Mydin & Kedai Runcit (hanya di sebelah rumah sahaja!).
- 5 Minit: ke NACC Batik Pavilion Chendering – tempat pengeluaran batik dan kraftangan
- 3 Minit: Ke D’suasane Watersport – tempat riadah seisi keluarga
- 4 minit: Ke Sports Complex. Di sini ada dewan Bowling dan Kolam Renang sebagai pilihan riadah seisi keluarga.
- 10 Minit: Pasar Payang, KTCC Mall & Mayang Mall untuk kaki shopping.
- 10 Minit: Jambatan Angkat (Drawbridge)
- 25 Minit: Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
- 10 Minit: Pusat Sains & Kreativi Terengganu
- 20 Minit: Muzeum Negeri Terengganu
Jom tempah sekarang!
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi kami segera, tekan link di bawah:
atau boleh terus membuat bayaran untuk tarikh yang di pilih
Untuk rujukan carian port makan yang berdekatan:
150 meter – KST ikan bakar Kuala Ibai
250 meter – Restoran D’Suasana tepi lagun kuala ibai
300 meter – Sarapan pagi nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak
750 meter – Gerai sarapan pagi yang banyak menunya
1.3 kilometer – Medan Ikan bakar bawah jambatan Kuala Ibai
#CempakaHomestay #HomestayTerengganu #CutiCutiTerengganu #MasjidTerapung #PasarPayang #HomestayKeluarga
Galeri





Jom tempah sekarang!
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi kami segera, tekan link di bawah:
